Stadium Yankee
Stadium Yankee

Stadium Yankee

Stadium Yankee (bahasa Inggeris: Yankee Stadiumcode: en is deprecated ) merupakan stadium besbol yang terletak di The Bronx, New York City, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan venue kegunaan pasukan New York Yankees di Major League Baseball (MLB) dan pasukan New York City FC di Major League Soccer (MLS).Stadium ini diperkenalkan pada April 2009 untuk menggantikan stadium lama yang digunakan sejak tahun 1923 hingga 2008. Stadium ini berkedudukan di tapak lama Macombs Dam Park yang berkeluasan 24-ekar (9.7 he) atau terletak di blok utara daripada tapak stadium asal. Stadium Yankee baru ini mengguna pakai elemen-elemen stadium lama sambil menggunakan konsep ruang yang lebih lapang dan kemudahan moden.Walaupun kerja-kerja pembinaan dimulakan pada Ogos 2006, projek ini memakan masa dan dilemparkan dengan pelbagai kontroversi termasuklah kos awam yang tinggi. Stadium yang bernilai $2.3 bilion dibina dengan $1.2 bilion subsidi awam telah menjadikannya sebagai stadium termahal yang pernah dibina.[25]Selain sukan besbol, stadium ini juga melangsungkan perlawanan bola sepak. Pada tahun 2014, stadium ini menjadi gelanggang baru bagi pasukan MLS iaitu New York City FC yang dimiliki oleh City Football Group dan Yankees. Stadium Yankee menjadi gelanggang sementara kelab tersebut sehingga sebuah stadium baru dibina. Bahkan, stadium ini juga mengadakan perlawanan bola sepak Amerika di peringkat kolej seperti Pinstripe Bowl yang diadakan pada setiap tahun di samping penganjuran konsert dan majlis-majlis lain.

Stadium Yankee

Alamat 1 East 161st Street
Pemilik New York City Industrial Development Agency[4][5]
Saiz Padang Besbol:
Kiri padang – 318 ka (97 m)
Kiri pusat – 399 ka (122 m)
Pusat padang – 408 ka (124 m)
Kanan pusat – 385 ka (117 m)
Kanan padang – 314 ka (96 m)
Backstop – 52 ka 4 in (15.95 m)
Bola sepak:
110 yd (100 m) x 70 yd (64 m)
Koordinat 40°49′45″N 73°55′35″W / 40.82917°N 73.92639°W / 40.82917; -73.92639Koordinat: 40°49′45″N 73°55′35″W / 40.82917°N 73.92639°W / 40.82917; -73.92639
Permukaan Kentucky Bluegrass
Pecah tanah August 19, 2006 (August 19, 2006)
Lokasi The Bronx, New York City
Dibuka 2 April 2009 (2 April 2009) (dibuka semula)
3 April 2009 (3 April 2009) (perlawanan persahabatan)
16 April 2009 (16 April 2009) (musim regular)
Perkhidmatan jurutera M-E Engineers, Inc.[23]
Kapasiti Besbol:
46,537 (2020–kini)[7][8]
47,309 (2018–2019)[9]
47,422 (2017)[10]
49,469 (2016)[11]
49,638 (2015)[12]
49,642 (2014)[13]
50,2f91 (2011–2013)[14]
50,287 (2009–2010)[15]
Bola sepak: 28,743[16] (Ditambah kepada 47,309)[17]
Bola sepak Amerika: 54,251[18]
Pentadbir Yankee Stadium LLC[5][6]
Rekod kehadiran Besbol: 50,960[19]
Bola sepak: 49,653
Bola sepak Amerika: 54,251[20]
Kos pembinaan AS$2.3 bilion[21]
Jurutera struktur Thornton Tomasetti[23]
Arkitek Populous (dahulunya HOK Sport)[22]
Kontraktor am Turner Construction[24]
Pengurus projek Tishman Speyer/International Facilities Group, LLC.

Rujukan

WikiPedia: Stadium Yankee https://nypost.com/2017/06/25/yankees-brass-drove-... https://web.archive.org/web/20210301072225/https:/... http://www.nydailynews.com/sports/baseball/yankees... https://web.archive.org/web/20210124195615/https:/... http://mlb.mlb.com/news/wall/article.jsp?content_i... https://web.archive.org/web/20211220102332/http://... https://www.reuters.com/article/us-new-york-yankee... https://web.archive.org/web/20211226090852/https:/... https://www.reuters.com/article/idUSWNA23912012073... https://web.archive.org/web/20211226090849/https:/...